SDEC guna platform e-dagang Shopee

You are currently viewing SDEC guna platform e-dagang Shopee

KUCHING: Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) bersama-sama dengan Unit Perancang Ekonomi Sarawak (EPU) akan bekerjasama dengan e-platform perdagangan Shopee untuk memulakan kempen ‘Sarawak Digital Mall’.

SDEC menerusi kenyataan berkata, kerjasama tersebut akan memberikan keuntungan kepada puluhan ribu peniaga baharu dan sedia ada di platform tersebut dengan menawarkan insentif seperti diskaun dan baucar penghantaran percuma bernilai RM1 juta kepada usahawan yang mengambil bahagian.

SDEC ialah agensi milik kerajaan yang diberikan mandat untuk melaksanakan inisiatif Ekonomi Digital Sarawak.

Pihak berkepentingan adalah Perniagaan Digital iaitu digitalisasi usahawan Sarawak merupakan fokus utama.

Ketua Pegawai Eksekutif SDEC, Sudarnoto Osman berkata, penting bagi usahawan untuk mula menjalankan perniagaan mereka secara dalam talian dan langkah tersebut akan memberikan dorongan penjualan kepada usahawan di Sarawak.

“Pada zaman teknologi ini, semua orang lebih suka melakukan sesuatu melalui telefon bimbit atau komputer yang merangkumi digitalisasi dan ia membuka peluang lebih besar kepada usahawan dalam perniagaan ini,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Source:https://suarasarawak.my/0000000sdec-guna-platform-e-dagang-shopee/

  • Post category:News