Dianjurkan Oleh

Disokong Oleh

Rakan Kongsi E-dagang

Sarawak Digital Mall adalah sebuah inisiatif antara Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan, & Industri Sarawak (MINTRED), bertujuan untuk memperkasakan PMKS di Sarawak agar lebih berdaya saing dalam pasaran digital. Melalui kolaborasi rakan kongsi kami iaitu TikTok Shop, Sarawak Digital Mall menyediakan latihan inkubasi penjual yang komprehensif, insentif penjualan, dan sokongan promosi untuk PMKS di Sarawak dalam promosi ini, untuk memacu penerimagunaan dan kejayaan penggunaan e-dagang di Sarawak.

OBJEKTIF

Kesedaran

Untuk meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan e-Dagang dalam kalangan usahawan Sarawak dan membolehkan mereka memacu ekonomi digital melalui penggunaan e-Dagang yang efektif.

Sokongan

Untuk memperkasakan dan membantu perjalanan e-Dagang usahawan Sarawak melalui penyediaan pakej rangsangan seperti Baucar Diskaun, Kredit Iklan, siaran pos media, dan lain-lain.

Pertumbuhan

Untuk memastikan skalabiliti dan pertumbuhan yang mampan menerusi bimbingan peribadi, sokongan teknikal, dan aktiviti pembangunan keupayaan seperti ‘Seller Mission’ dan pertandingan ‘Livestreaming’ dalam platform.

Dapatkan Sorotan Di...

Laman mikro khusu Sarawak Digital Mall dalam aplikasi TikTok dengan titik masuk tersendiri untuk menarik para pengguna TikTok ke produk anda

Dari Julai 2024 hingga Disember 2025

Bakal pelanggan boleh menuntut Baucar Diskaun untuk produk anda

Cara - Cara Penyertaan

Menghadiri Latihan Inkubasi yang Terdekat

Sertai latihan inkubasi penjual PERCUMA yang disampaikan oleh pasukan TikTok Shop. Semak jadual latihan di bawah untuk sesi yang akan datang. Selepas sesi ini, anda akan dimasukkan ke dalam 'Support Group'

Menerima Bimbingan & Sokongan

Terima sokongan teknikal, tips jualan, dan ketahui tren semasa melalu 'Support Group' Telegram. Selesaikan misi yang diberi untuk dapatkan Kredit Iklan dan Baucar Diskaun untuk produk anda

Sertai Kempen Sarawak Digital Mall

Anda akan disertakan dalam kempen Sarawak Digital Mall dalam aplikasi TikTok Shop secara automatik, tingkatkan keterlihatan kedai anda dan peluang untuk menjadi Ikon TikTok Shop Sarawak

Jadual Latihan

Jangan Lepaskan Gelombang 'Shoppertainment'!

Soalan Lazim

Sarawak Digital Mall adalah inisiatif bersama Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan, & Industri Sarawak (MINTRED). Program ini bertujuan untuk memperkasakan Perniagaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Sarawak supaya lebih berdaya saing dalam pasaran digital dengan menyediakan latihan inkubasi penjual, insentif jualan, dan sokongan promosi dengan kerjasama platform e-Dagang terkenal. Pada tahun ini, Sarawak Digital Mall telah berkolaborasi dengan TikTok Shop.

  1. Langkah 1: Menyertai sesi Latihan Inkubasi Penjual PERCUMA yang disampaikan oleh pasukan TikTok Shop. Semak jadual latihan kami di laman web ini untuk sesi yang akan datang.
  2. Langkah 2: Terima sokongan teknikal, tip penjual, dan ketahui trend semasa melalui kumpulan sokongan Telegram yang berdedikasi setelah menyelesaikan latihan inkubasi penjual. Selesaikan misi penjual yang diberikan oleh TikTok Shop di Seller Center untuk mendapatkan Kredit Iklan dan baucar diskaun untuk produk anda.
  3. Langkah 3: Anda akan secara automatik disertakan dalam kempen digital TikTok Shop seluruh negara, sekaligus meningkatkan keterlihatan kedai anda dan memberi anda peluang untuk menjadi Ikon TikTok Shop Sarawak.
  4.  

Program ini terbuka kepada semua perniagaan milik Sarawak, yang berpusat di Sarawak.

Penjual yang mengambil bahagian tidak diwajibkan untuk mempunyai perniagaan yang berdaftar. Walau bagaimanapun, sekiranya penjual yang tidak berdaftar telah membuat akaun TikTok Shop dengan menggunakan Kad Pengenalan (KP), mereka hanya boleh buat tuntutan Pakej Rangsangan Penjual sehingga RM2,500. Sebaliknya, penjual yang mempunyai perniagaan berdaftar dan telah membuat akaun TikTok Shop mereka menggunakan lesen perniagaan akan dapat menuntut jumlah penuh Pakej Rangsangan Penjual yang bernilai sehingga RM5,000.

Sepanjang tempoh kempen sehingga Disember 2025, penjual yang mengambil bahagian digalakkan untuk mendaftarkan perniagaan mereka sama ada melalui SSM, LHDN, atau Sarawak DO/RO untuk layak mendapatkan Pakej Rangsangan RM5,000.

Menghadiri Latihan Inkubasi Penjual adalah wajib untuk dimasukkan ke dalam kumpulan sokongan di aplikasi Telegram. Anda boleh memilih untuk hanya menyertai webinar berdurasi 2-jam kami yang akan dibuat setiap dua minggu untuk disalurkan ke dalam kumpulan sokongan Telegram.

Peserta akan menerima:

  • Akses kepada pakej rangsangan termasuk baucar diskaun TikTok Shop dan Kredit Iklan.
  • Sokongan teknikal dan tip penjual melalui kumpulan sokongan Telegram yang berdedikasi.
  • Peluang untuk menyertai aktiviti pembangunan keupayaan seperti misi penjual dan pertandingan Livestreaming.
  • Mendapatkan lebih banyak keterlihatan dan akses pasaran seluruh negara melalui kempen Sarawak Digital Mall di TikTok.

Tidak, menyertai program Sarawak Digital Mall adalah percuma sepenuhnya untuk PMKS  yang berkelayakan di Sarawak.

Sesi latihan akan merangkumi topik-topik berikut:

  • Pengenalan kepada TikTok dan TikTok Shop
  • Pengenalan kepada ‘Shoppertainment’
  • Polisi & Garis Panduan Produk Terlarang TikTok Shop
  • Video pendek
  • Livestreaming & Liveselling
  • Sumber & Tip untuk Pengenalpastian Trend

Kempen digital Sarawak Digital Mall adalah laman mikro khusus dalam aplikasi TikTok Shop yang akan meningkatkan keterlihatan kedai anda di platform TikTok. Sepanjang tempoh kempen dari Julai 2024 hingga Disember 2025, laman mikro ini akan menerima beberapa liputan dan titik masuk semasa kempen khas dijalankan untuk menarik lebih banyak pengguna dan bakal pelanggan ke produk anda.

Dengan menyertai program Sarawak Digital Mall secara aktif, memanfaatkan latihan, sokongan, dan peluang promosi yang disediakan, anda meningkatkan peluang untuk menjadi Ikon TikTok Shop Sarawak. Gelaran ini diberikan kepada penjual yang menunjukkan pertumbuhan dan penglibatan yang luar biasa di platform TikTok Shop.

Jika anda mempunyai sebarang soalan lain atau memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi pasukan sokongan SDEC kami di smedigital@sdec.com.my atau sertai latihan kami yang seterusnya.