Sarawak Digital Mall Kini Di Shopee, Produk Bumi Kenyalang Di Hujung Jari! Assalammualaikum semua! Hari ni Ruby rasa rindu sangat dengan Sarawak apabila membaca kolabrasi diantara SDEC dan Shopee. Terus Ruby masuk Shopee untuk lihat semua produk yang dijual. Ada Gula Apong, Lada Hitam, Kain Batik Sarawak, aksesori perhiasan wanita dan macam-macam lagi. Mesti korang pun akan rindu siap mengalir air mata. Bayangkan dah 2 tahun tak ke Sarawak. Kebiasaannya mesti setahun sekali ke sana. Ruby ada plan lepas je kes COVID-19 turun. Ruby nak bawa anak-anak ke Sarawak dan pergi ke Sarawak Cultural Village dan ke kilang lada hitam. Hehehe. Jap kesat air mata. Happy sangat Sarawak Digital Mall berada di Shopee.
Sarawak Digital Mall Kini Di Shopee, Produk Bumi Kenyalang Di Hujung Jari!
SDEC Dan Shopee mengumumkan kerjasama bagi kempen Sarawak Digital Mall. Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (SDEC), bersama-sama dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Sarawak telah bekerjasama dengan platform e-dagang Shopee untuk memulakan kempen ‘Sarawak Digital Mall’, dengan objektif memacu jualan bagi penjual dari Sarawak di platform tersebut. Kerjasama ini akan memanfaatkan puluhan ribu peniaga baharu dan sedia ada di platform tersebut dengan menawarkan insentif seperti baucar-baucar diskaun dan penghantaran percuma berjumlah RM1 juta kepada peniaga yang mengambil bahagian.
SDEC ialah sebuah agensi milik kerajaan yang diberi mandat untuk melaksanakan inisiatif Ekonomi Digital Sarawak. Antara bahagian yang diutamakan ialah Perniagaan Digital, di mana pendigitalan usahawan Sarawak merupakan fokus utama.
“Ia amat penting bagi para usahawan untuk mula menjalankan perniagaan mereka secara atas talian. Dalam zaman teknologi ini, orang ramai lebih gemar berurusan melalui telefon bimbit atau komputer. Dengan menerapkan aspek pendigitalan, ia mewujudkan peluang yang lebih besar kepada para penjual ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SDEC, En. Sudarnoto Osman.Beliau juga menekankan bahawa kerjasama ini bakal menggalakkan penggunaan digital dalam kalangan PKS Sarawak. Langkah ini adalah penting terutama pada masa di mana kes-kes COVID-19 yang meningkat di rantau ini telah mengakibatkan hampir setiap industri diberhentikan secara fizikal.
Sarawak Kaya Dengan Warisan Serta Budaya
Sudarnoto menambah bahawa walaupun Sarawak merupakan sebuah negeri yang kaya dengan budaya dan warisan, banyak produk tempatan negeri ini masih belum dikenali ramai disebabkan pendedahan dan kebolehcapaian yang kurang.
“Dengan baucar diskaun yang diberi dalam kempen ini, para peniaga Sarawak akan dapat menjual produk tempatan mereka pada nilai yang lebih kompetitif di pasaran Malaysia dan serantau yang lebih luas, tanpa dihalang oleh bayaran penghantaran yang membebankan,” ujarnya.
Shopee University Membuka Peluang Untuk Penjual Menimba Ilmu
Pada masa yang sama, Shopee juga akan membantu lebih ramai penjual tempatan Sarawak untuk menyertai Shopee. Shopee juga menyediakan kursus keusahawanan menerusi Shopee University, satu bengkel latihan atas talian percuma yang disediakan dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Kursus ini disesuaikan untuk membantu para peniaga tempatan yang mengambil bahagian dalam perjalanan digitalisasi mereka bersama kempen Sarawak Digital Mall.
Rindu Travel Ke Sarawak & Makanannya
Sementara itu, Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, “Kami sentiasa berusaha untuk memperkasakan perniagaan-perniagaan kecil, terutama mereka yang kurang memiliki akses kepada platform teknologi dan potensi yang boleh mereka manfaatkan dengan menjalankan perniagaan atas talian. Menerusi kerjasama bersama kerajaan negeri Sarawak, kami menghapuskan batasan geografi antara para penjual dan pelanggan. Ini memberi akses kepada pembeli walaupun berada di Semenanjung untuk menikmati produk seperti beras bario, gula apong, ikan terubuk masin dan banyak lagi, dalam pada kami terus memperjuangkan misi kami untuk menjadikan e-dagang untuk semua.
Kami turut memahami bahawa ada warga Sarawak yang tidak dapat pulang ke kampung halaman mereka dan amat merindui Sarawak serta pelbagai masakannya. Mereka boleh memanfaatkan baucar yang disediakan oleh SDEC. Shopee akan membantu lagi dengan penghantaran percuma terutamanya semasa 6.6 Jualan Hebat ini. Ini juga akan membantu para penjual tempatan yang mengambil bahagian dalam meningkatkan jualan mereka.”
Untuk maklumat lanjut mengenai Sarawak Digital Mall di Shopee, layari https://shopee.com.my/m/sarawak. Berbelanja dengan ShopeePay untuk pengalaman membeli-belah yang mudah!
Source:https://www.ruby.my/2021/06/sarawak-digital-mall-kini-di-shopee.html