Semasa International ICT Infrastructure and Digital Economy Conference Sarawak (IDECS) pertama yang diadakan pada 3 dan 4 April 2017, Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg telah mengumumkan inisiatif dan keputusan dasar yang signifikan untuk mengubah Sarawak menjadi sebuah kuasa ekonomi digital. Hal ini termasuklah penubuhan Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC), sebagai agensi pelaksana untuk memacu inisiatif Ekonomi Digital Sarawak.
Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (“SDEC”) telah diperbadankan pada 22 Januari 2018, dan beroperasi pada bulan Julai 2020, sebagai sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak melalui Setiausaha Kewangan Negeri di bawah Kementerian Kewangan dan Perancangan Ekonomi.