Perusahaan Sosial secara amnya didefinisikan sebagai sebuah bentuk perniagaan yang mempunyai objektif untuk membawa kesan yang positif kepada masyarakat. Bagi memastikan keberlanjutan dan keberkesanan model perniagaan yang mengketengahkan impak ini, digitalisasi dan inovasi adalah amat digalakkan untuk diterap oleh Usahawan Sosial. Namun bagaimanapun, perusahaan sosial di Sarawak sukar untuk berkembang disebabkan cabaran-cabaran dalam pelbagai aspek seperti undang-undang, norma masyarakat atau sistemik. Kerjasama antara pelbagai sektor dan entiti adalah penting untuk untuk mengatasi dan menawarkan solusi untuk masalah berikut.
Sarawak Digital Economy Corporation kini bekerjasama dengan Youth Trust Foundation untuk membuat rangka tindakan bertujuan untuk menggariskan panduan dan peta jalan ke arah pembinaan ekosistem yang menyokong pembangunan Keusahawanan Sosial di Sarawak.