PENGURUSAN KANAN

Lembaga Pengarah disokong oleh Pasukan Pengurusan Kanan kami, yang diketuai oleh Sudarnoto Osman. Pasukan ini memiliki banyak pengalaman industri yang relevan, dan diamanahkan untuk menyampaikan serta melaksanakan Strategi Ekonomi Digital Sarawak.

DATO IR. TS. SUDARNOTO OSMAN

Ketua Pegawai Eksekutif

Encik Sudarnoto Osman memperoleh ijazah sarjana muda dari Universiti Tohoku, Jepun dalam bidang Kejuruteraan Elektronik dan sebaik sahaja menamatkan pengajian, beliau memulakan kerjayanya di Matsushita Air-Conditioning R&D Sdn. Bhd (Pembangunan Elektrik dan Elektronik) pada tahun 1993.

Karier mobiliti beliau bermula pada tahun 1994 dengan Celcom Malaysia Sdn. Bhd. Beliau berperanan dalam memperluaskan jaringan Celcom dan memulai pelancaran rangkaian 2G ke seluruh Sarawak. Beliau juga dilantik secara ad-hoc sebagai perunding untuk beberapa tugasan antarabangsa di bawah Celcom International Ventures. Beliau meninggalkan Celcom Malaysia Sdn. Bhd pada bulan September 2000 untuk menyertai Maxis Mobile Sdn. Bhd. di mana beliau memulakan pelancaran rangkaian Maxis di Malaysia Timur. Beliau meninggalkan jawatannya sebagai Ketua Jaringan Wilayah di Maxis Broadband Sdn. Bhd. pada bulan Mac 2013.

Beliau meneruskan kerjayanya dengan menceburkan diri dalam infrastruktur telekomunikasi ketika dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di SACOFA Sdn. Bhd. (“SACOFA”) pada bulan April 2013. Sepanjang bertugas di SACOFA, dia mengembangkan jaringan serta perniagaan SACOFA di luar Malaysia. Beliau juga dilantik dalam pelbagai kapasiti dalam organisasi lain seperti PT SACOFA Indonesia, PT BINA Indonesia, DSTA Sdn. Bhd., Malaysian Access Forum Bhd., Persatuan Infrastruktur Telekomunikasi Malaysia, dan Konsortium Rangkaian Serantau.

Beliau kemudiannya dilantik oleh Kerajaan Sarawak untuk menerajui inisiatif digitalisasi Sarawak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Sarawak Digital Economy Corporation Berhad pada 15 Mei 2020.

MALSENI JAMAL

Ketua Pegawai Operasi

Puan Malseni, merupakan graduan dari Universiti Malaya pada tahun 1995 dan memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Pentadbiran Perhubungan Awam di Suruhanjaya Perumahan dan Pembangunan Sarawak sebelum dia memulakan kerjaya sebagai seorang peguam di Miri. Beliau memulakan latihan dalam kamar dengan Messrs Bong & Co. Advocates, di mana beliau banyak melibatkan diri dalam litigasi dan conveyancing.

Pada tahun 1999, beliau telah diterima dan didaftarkan sebagai Peguambela di Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak di mana dia kemudian ditawarkan sebagai Penolong Undang-Undang di firma tersebut. Berbekalkan pengalaman, pengetahuan serta pendedahanm beliau telah menubuhkan firma guamannya sendiri bersama dengan rakan kongsinya, Jamal & Lau, Advoates and Solicitor yang menawarkan pelbagai perkhidmatan undang-undang. Pada tahun 2003, dia diterima sebagai Pengamal Syarie di bawah Ordinan Syariah Sarawak 1991.

Beliau kemudiannya menyertai SACOFA pada Mei 2005 sebagai Pegawai Undang-undang (Pengurus)Z di mana dia menubuhkan Bahagian Perundangan & Peraturan. Kerjaya di SACOFA merangkumi lebih dari 16 tahun di mana dia memegang pelbagai jawatan termasuk Ketua Perancangan Strategik dan Perhubungan Antarabangsa, Pesuruhjaya PT SACOFA, dan Pengarah PT BINA. Beliau juga berkhidmat sebagai Pengarah Alternatif kepada CEO SACOFA di Malaysian Access Forum Bhd.

Disebabkan oleh pendedahan yang meluas dalam perundangan dan perniagaan antarabangsa, beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi di Sarawak Digital Economy Corporation pada 1 September 2020 untuk memacu pelaksanaan inisiatif digital.

HAMADLAN HJ HAMDAN

Ketua Pegawai Teknologi

Ts. Hamadlan adalah merupakan pakar IT yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam pengurusan perkhidmatan IT, ITIL, proses kaedah, perancangan teknologi strategik dan membina penyelesaian kos efektif untuk memenuhi objektif perniagaan pelanggan.

Beliau memiliki diploma dalam bidang Sains Komputer dari Universiti Teknologi Malaysia, Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana dalam Teknologi Maklumat dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau juga merupakan ahli Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT)

Beliau memulakan kerjayanya dalam industri telekomunikasi pada tahun 2000 dengan menyertai Maxis Communication Berhad, kemudian diikuti oleh UMobile Sdn Bhd dan syarikat luar negara seperti Saudi Telecom Company(STC), Arab Saudi (ZAIN) dan Kuwait Viva.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah melibatkan diri dalam penggubalan dasar, perancangan strategik, pengurusan perkhidmatan IT, perundingan, dan pelbagai inisiatif lain. Beliau kembali ke Sarawak pada Disember 2013 untuk berkhidmat dengan SACOFA Sdn Bhd, di mana beliau membangunkan dan mengurus bahagian transformasi operasi, yang merangkumi domain strategi transformasi, pengurusan prestasi transformasi, transformasi proses dan automasi aliran kerja.

Kemudian, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengurus Besar Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), di mana beliau menyelia kerjasama antara kerajaan negeri, sektor swasta, dan rakyat bagi mematuhi strategi Ekonomi Digital negeri. Ts. Hamadlan kemudiannya dilantik sebagai Ketua Teknologi di SDEC, di mana beliau bertanggungjawab menyelia inisiatif ekonomi digital dan operasi rangkaian mulai November 2021.

NEE NGIE SING

Ketua Jurutera Rangkaian dan Operasi

Beliau telah memulakan kerjayanya dengan Maxis Broadband Sdn. Bhd. Pada tahun 2002 dan beliau adalah sebahagian daripada pasukan untuk mengembangkan jaringan Maxis ke seluruh Sarawak. Semasa berkhidmat di Maxis, beliau banyak melibatkan diri dalam operasi rangkaian dan pengurusan kualiti perkhidmatan yang memerlukan kepakaran teknikal dan kemahiran analitik yang kuat. Beliau meninggalkan Maxis pada tahun 2014 sebagai Ketua Pengoptimuman Rangkaian bagi wilayah Sarawak dan menyertai SACOFA sebagai Ketua Perancangan Rangkaian. Beliau berperanan dalam perancangan jaringan SACOFA IPCORE, DWDM, dan PTN generasi baru untuk pengembangan mudah alih Telco. Beliau kemudiannya menyertai SDEC pada 11 Ogos 2020 sebagai Ketua di Bahagian Projek Ekonomi Digital. Beliau memiliki ijazah dalam bidang teknologi maklumat dan diploma dalam kejuruteraan elektronik.

HAZWAN RAZAK

Ketua Inovasi dan Keusahawanan

Hazwan Razak adalah Ketua di bahagian Inovasi dan Keusahawanan di mana pasukannya memfokuskan diri dalam membangun ekosistem yang kuat yang menyokong syarikat-syarikat pemula dan pengusaha tempatan dan menyediakan peluang pekerjaan di semua pelosok negeri, melalui pemerkasaan digital. Beliau juga kini memimpin beberapa inisiatif STEM Sarawak, merupakan MBOT Professional Technologist, dan Project Management Professional (PMP). Beliau telah memulakan kerjayanya dengan PETRONAS, berkhidmat dalam operasi luar pesisir hulu, sebelum mengembangkan kemampuannya dengan bekerja di syarikat multinasional dan perusahaan sosial yang berfokus pada pendidikan. Sebagai ahli International Development Design Network (IDIN), beliau telah melaksanakan beberapa projek reka bentuk pembangunan jangka pendek di beberapa peringkat global. Beliau telah mendapat pendidikan di Melbourne dan Oxford dalam bidang kejuruteraan, dan sangat menyukai apa sahaja yang berkaitan dengan teknologi.

DR. KHAIRUL HAFIZ SHARKAWI

Ketua Penyelidikan dan Pembangunan Produk

Dr. Khairul Hafiz Sharkawi adalah merupakan Ketua Penyelidikan dan Pembangunan Produk di mana pasukannya memberi tumpuan dalam membina keupayaan penyelidikan dan pembangunan digital Sarawak dan ekosistem inovasi melalui kerjasama kerajaan-universiti-industri. Beliau mendapat PhD dalam Geoinformatics (3D GIS) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau seorang yang mempunyai pengalaman luas sebagai penyelidik dan berpengalaman dalam merancang, melaksanakan, berunding dan menguruskan projek penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan dengan GIS. Beliau telah menerbitkan sejumlah penerbitan ilmiah dan ahli Jawatankuasa Program untuk beberapa persidangan antarabangsa.

ZAKARIA POLIT

Ketua Bahagian Teknologi

Zakaria, adalah merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan memulakan kerjayanya dalam bidang IT sebagai Business Analyst/Tester di Telekom Malaysia pada tahun 2005.

Beliau kemudian telah meninggalkan Telekom Malaysia untuk mendalami bidang sokongan IT dengan lebih mendalam lagi dengan menyertai ATOS Origin Services, sebagai helpdesk analyst, di mana beliau didedahkan pengalaman  dalam mengendalikan pengguna  atau pelanggan akhir bersama dengan sokongan teknikal tahap 1 dan 2.

Kerjaya beliau dalam bidang IT beralih apabila beliau menyertai syarikat multinasional iaitu, Northgate Arinso Sdn Bhd sebagai Functional Test Consultant yang mengkhususkan diri beliau dalam SAP HR. Peluang ini telah meluaskan rangkaian kenalan apabila beliau bekerja dengan pelbagai pasukan dari seluruh dunia dan beliau juga telah ditempatkan di pelbagai organisasi antarabangsa seperti Shell Brunei dan AMP, Australia. Sebagai Test Manager yang diperakui, beliau telah terlibat dalam pelbagai projek misalnya JPJ, CIMB dan Takaful Malaysia dan penyertaan beliau dalam Britisih Telekom Malaysia merupakan kerjaya terakhir beliau dalam bidang yang serupa.

Beliau kembali ke Sarawak untuk meneruskan kerjayanya dengan menyertai SACOFA sebagai Ketua di Bahagian Teknologi, seorang yang bersemangat tinggi dalam bidang penyampaian perkhidmatan IT serta sentiasa mencari peluang meningkatkan kemahiran baru untuk menambahbaik resume-nya. Pada bulan Ogos 2021, beliau telah menyertai SDEC kerana beliau ingin mengambil bahagian dalam perjalanan digital Sarawak, dengan niat untuk kembali memberi sumbangan kepada negeri tercinta.

ABANG BAHRIN MU'IZZADDIN

Ketua Undang-Undang, Pengurusan Risiko dan Pematuhan

Merupakan seorang yang bersemangat tinggi, bermotivasi, dan komited, Encik Bahrin mempunyai pengalaman yang luas iaitu selama 15 tahun dalam Undang-Undang Korporat. Sebelum memulakan perjalanannya kerjaya dalam dunia korporat, beliau pernah menjadi pengamal undang-undang yang aktif selama 6 tahun dengan pelbagai firma guaman, di mana beliau banyak terlibat dalam  litigasi sivil dan conveyancing.

Berbekalkan pengetahuan yang  mendalam dalam kontrak, amalan kerjaya beliau merangkumi semua hal perundangan, termasuklah menasihati, berunding, merangka, menyemak, dan memeriksa semua dokumentasi perundangan dan pengaturan perniagaan dengan rakan niaga, pelanggan, dan pembekal di dalam dan juga luar negara.

Berikutan pelantikannya sebagai Regulatory Officer yang sentiasa berhubungan dengan SKMM, beliau memiliki pemahaman yang mendalam mengenai sistem perundangan, peraturan, terutamanya dalam hal kerangka undang-undang dan peraturan SKMM.

Maka tidak hairanlah syarikat sebelumnya telah melantik beliau untuk menjadi ahli dalam pelbagai jawatankuasa luar di dalam industri telekomunikasi. Beliau juga berpengetahuan dalam urusan pendaftaran syarikat dengan agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri misalnya Pendaftaran Kontraktor Unit Dan Juruperunding di bawah Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri, E-Perolehan di bawah Kementerian Kewangan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) , dan Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi.

Berkongsi visi “Sik Lokek” yang sama dengan SDEC, beliau sentiasa bersedia untuk berkongsi dan menurunkan  pengetahuannya bagi membina kepakaran perundangan dalaman SDEC.

MINDA JAMES SEMILAN

Ketua Projek Ekonomi Digital

Encik Minda adalah merupakan seorang yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang teknologi dan telahpun bekerja dengan pelbagai syarikat multinasional seperti Sistem Silverlake, Scope International Bank Standard Chartered dan Bank CIMB.

Semasa berkhidmat di syarikat terdahulu, beliau telah melaksanakan penyelesaian perbankan di pelbagai bank tempatan dan di luar negara seperti China, Vietnam, Thailand, Indonesia & Singapura.

Bidang pengkhususan utama beliau adalah Pembangunan Perisian, Operasi IT dan Sokongan & Pengurusan Projek.

Pada tahun 2017, beliau telah kembali ke Sarawak dan menyertai Sarawak Information Systems (SAINS), di mana beliau berjaya menerajui beberapa inisiatif utama Kerajaan Digital seperti Service Sarawak, Sarawak ID dan e-Kehakiman Sabah Sarawak.

Encik Minda menyertai SDEC sebagai Ketua Projek Ekonomi Digital pada Oktober 2021 di mana beliau bertanggungjawab untuk melaksanakan projek inisiatif Ekonomi Digital.

Encik Minda memiliki ijazah sarjana muda dalam Teknologi Maklumat dari Universiti Multimedia dan merupakan seorang Profesional Pengurusan Projek (PMP).

AMBROSE WONG LING KAI

Ketua Bahagian Kewangan

Encik Ambrose adalah merupakan Ketua Kewangan dan bertanggungjawab dalam menyelia semua aspek hal kewangan SDEC. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Kewangan dan Perakauanan dari Universiti Teknologi Curtin Kampus Sarawak. Beliau adalah merupakan ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA)  dan Certified Practising Accountant (CPA) Australia.  

Mempunyai pengalaman lebih 16 tahun dalam bidang perakaunan dan kewangan korporat, beliau turut mempunyai pengalaman dan pencapaian dalam pelaksanaan GST, pelaksanaan sistem perakaunan, pengendalian siasatan cukai oleh pihak berkuasa, penstrukturan semula aliran tunai dan pengaturan kemudahan perbankan.

Sebelum menyertai SDEC, beliau telah dilantik sebagai Pengurus Kanan di Transnational Insurance Brokers (M) Sdn Bhd dan mengendalikan kedua-dua bahagian kewangan dan pentadbiran syarikat.  

RAZALI TALIB

Ketua Pembangunan Perniagaan

Seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Teknologi Maklumat (Teknologi Sistem) dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Encik Razali memulakan kerjayanya sebagai Penganalisis Sistem dengan syarikat BY Technologies Sdn Bhd.

Kemudian, beliau mengembangkan kerjayanya secara progresif dengan menceburi pelbagai set kemahiran Teknologi Maklumat (IT) yang terdiri daripada daripada penyelesaian IT, infrastruktur rangkaian, analisis sistem, latihan, pemasaran digital, pengaturcaraan dan reka bentuk multimedia. Beliau mempunyai lebih daripada 6 tahun pengalaman masing-masing dalam Telekomunikasi dan juga Industri Pendidikan dan Latihan.

Memiliki pengalaman luas dalam industri Telekomunikasi dan IT, beliau kemudian menyertai SDEC sebagai Ketua Pembangunan Perniagaan yang bertanggungjawab untuk memupuk hubungan perniagaan jangka panjang dan mengembangkan peluang perniagaan yang berpotensi dalam mentransformasi dan mendigitalkan Sarawak. 

SOFFIAN SULIMAN

Ketua Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam

Encik Soffian merupakan graduan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Samarahan, Sarawak dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Pentadbiran Perniagaan (Sains Politik). Beliau memulakan kerjayanya dalam Industri Telekomunikasi dengan menyertai Telekom Malaysia pada tahun 2008 sebagai Eksekutif Pemasaran Pengguna dan kerjayanya berkembang secara progresif dalam organisasi yang sama dan kemudiannya dilantik sebagai Penolong Pengurus Promosi dan Pengiklanan.

Beliau meneruskan kerjayanya dengan menceburi Industri Minyak dan Gas apabila menyertai Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) pada tahun 2012 di mana beliau menyelia hal ehwal Pengurusan Pihak Berkepentingan dan Komunikasi.

Dengan pengalaman selama 17 tahun dalam pelbagai bidang daripada sektor kerajaan dan swasta di Semenanjung Malaysia, beliau kembali ke Sarawak dan menyertai SDEC pada September 2022 dan dipertanggungjawabkan untuk menyelia semua aspek komunikasi korporat. 

SALOMAH MUSS

Ketua Modal Insan dan Pentadbiran

Puan Hajjah Salomah Muss memulakan kerjayanya di Southern Bank, Kuching selama 5 tahun dalam industri perbankan. Dia kemudiannya menyertai Telekom Malaysia Bhd di bahagian Kewangan selama 9 tahun. Beliau turut menyandang jawatan sebagai Ketua Modal Insan dan Pentadbiran di syarikat Telekomunikasi selama kira-kira dua dekad sebelum menyertai SDEC. 

Puan Hajjah Salomah mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang luas tentang penggabungan dan pengambilalihan syarikat, penyusunan dan penstrukturan semula, pengurusan dan operasi modal insan, serta perancangan dan strategi sumber manusia. 

Beliau mempunyai Diploma dalam Perakaunan dan Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan.

LIEW FUI PHIN

Ketua Perniagaan Pelanggan

Berbekalkan pengalaman bekerja selama 24 tahun dengan Maxis Broadband Sdn Bhd, Liew menyertai syarikat gergasi tersebut sebagai Perunding Penjagaan Pelanggan. Seterusnya, beliau memegang jawatan Eksekutif sebelum dilantik sebagai ‘Regional Retail Manager’, Bahagian Sarawak untuk Jualan dan Perkhidmatan.

Sepanjang berkhidmat bersama Maxis, Liew bertanggungjawab dalam menubuhkan pusat kedai Maxis di seluruh Sarawak, memantau prestasi perniagaan kedai, dan memastikan sasaran jualan dan perkhidmatan dicapai. Salah satu pencapaian terbesar beliau adalah dalam penubuhan dan pengurusan lima Pusat Maxis baharu di Sarawak dalam tempoh tiga bulan.

Liew mahir menggunakan kemahiran keusahawanan beliau untuk membuat perubahan dan inovasi berterusan; memimpin melalui komunikasi yang jelas, membuat keputusan yang kukuh, dan kemahiran pengurusan hubungan yang efektif; serta mengaplikasikan kemahiran analitikal dan menyelesaikan masalah dalam apa jua tugasan yang diberikan.

Liew memiliki diploma lanjutan dalam bidang pentadbiran perniagaan. Sebelum menyertai Maxis, beliau juga pernah berkhidmat dengan Bank Bumiputra Malaysia Berhad dan MBF Finance Berhad.