Pembangunan Pelan untuk Pemain Ekosistem Perusahaan Sosial di Sarawak

Perusahaan Sosial secara amnya didefinisikan sebagai sebuah bentuk perniagaan yang mempunyai objektif untuk membawa kesan yang positif kepada masyarakat. Bagi memastikan keberlanjutan dan keberkesanan model perniagaan yang mengketengahkan impak ini, digitalisasi dan inovasi adalah amat digalakkan untuk diterap oleh Usahawan Sosial. Namun bagaimanapun, perusahaan sosial di Sarawak sukar untuk berkembang disebabkan cabaran-cabaran dalam pelbagai aspek seperti undang-undang, norma masyarakat atau sistemik. Kerjasama antara pelbagai sektor dan entiti adalah penting untuk untuk mengatasi dan menawarkan solusi untuk masalah berikut.


Sarawak Digital Economy Corporation kini bekerjasama dengan Youth Trust Foundation untuk membuat rangka tindakan bertujuan untuk menggariskan panduan dan peta jalan ke arah pembinaan ekosistem yang menyokong pembangunan Keusahawanan Sosial di Sarawak.

Siapakah Sasaran Pengguna Pelan Pembangunan Ini?

Pembekal Sokongan / Perkhidmatan

Pelabur

Pembuat Dasar

Organisasi Penyelidikan

Agensi Kerajaan

Perusaha Sosial

... dan mana-mana entiti awam atau swasta lain yang ingin membantu membina ekosistem Keusahawanan Sosial di Sarawak

Pelan ini bertujuan untuk mengenal pasti fokus-fokus utama dalam pembangunan ekosistem untuk kepentingan penerima bantuan, serta rangka tindakan yang lestari dan disyorkan untuk pihak berkepentingan.

Kerjasama dengan

Kami sedang mencari responden kajian dalam usaha memajukan rangka tindakan ini! Sila klik pautan di bawah untuk mengakses tinjauan kami sekiranya anda:

a. pemilik atau pengasas perusahaan sosial atau
b. pemilik atau pengasas organisasi dengan misi yang berpaksikan impak positif kepada sosial atau alam persekitaran